100 pelajar sertai program anak angkat Menteri KPKT - Utusan Malaysia

100 pelajar sertai program anak angkat Menteri KPKT

NGA Kor Ming (belakang, tengah) bergambar dengan pelajar yang menyertai Program Anak Angkat Menteri KPKT di Teluk Intan, Perak hari ini. - UTUSAN/FADZIL ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seramai 100 orang pelajar sekolah daripada keluarga berpendapatan rendah B40 dalam Parlimen Teluk Intan terpilih sebagai anak angkat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming.

Usaha itu merupakan satu daripada segmen Program Nekad Kecemerlangan Madani (NKM) di Teluk Intan tahun 2026.

Menerusi Program Anak Angkat YB Menteri KPKT 2026 itu, kesemua pelajar terbabit akan menerima bimbingan sahsiah dan motivasi secara berterusan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bimbingan ini bermatlamat membantu mereka mengenal pasti kebolehan diri dan meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

“Pendekatan ini penting untuk membina keyakinan, memperkukuh potensi dan memastikan kekangan latar belakang keluarga tidak menjadi penghalang kepada kemajuan pendidikan mereka,” katanya.

Beliau berucap dalam majlis perasmian yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Horley Methodist di sini hari ini.

Jelasnya, pemilihan anak-anak angkat itu dilaksanakan oleh pelbagai pihak termasuk KPKT, Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak serta Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×