Pasar raya rugi RM4,000 dirompak penjenayah bersenjata - Utusan Malaysia

Pasar raya rugi RM4,000 dirompak penjenayah bersenjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH – Sebuah pasar raya di Jalan Sierramas Utama di sini kerugian kira-kira RM4,000 selepas dirompak dua penjenayah lelaki yang bersenjatakan sepucuk pistol pagi semalam.

pasar raya terbakar
 

Dalam kejadian pukul 11.25 pagi itu, suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC turut melepaskan dua das tembakan ke arah televisyen litar tertutup yang terletak di bahagian luar pasar raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan S. Somu berkata, suspek yang memakai topi keledar bertutup penuh kemudiannya meluru masuk ke kaunter bayaran dan melarikan dua buah laci mesin wang mengandungi wang tunai RM4,000.

“Suspek turut melarikan dompet milik salah seorang pelanggan wanita mengandungi wang tunai RM300 yang sedang melakukan pembayaran ketika kejadian.

“Difahamkan ketika kejadian terdapat lima orang yang terdiri daripada tiga juruwang, seorang pengawal keselamatan dan seorang pelanggan wanita,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×