Permohonan biasiswa kerajaan Taiwan dibuka - Utusan Malaysia

Permohonan biasiswa kerajaan Taiwan dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Permohonan Biasiswa Taiwan dan Biasiswa MOE Huayu Enrichment (HES) bagi sesi 2018 kini dibuka sehingga 31 Mac ini bagi pelajar Malaysia yang berminat menyambung pengajian di negara itu.

Pejabat Kebudayaan dan Ekonomi Taipei (TECO) di Malaysia dalam suatu kenyataan berkata, biasiswa yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Republik China (Taiwan) itu memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM5,398 (40,000 NTD) bagi setiap pelajar untuk satu semester.

“Pelajar sarjana muda akan ditawarkan simpanan bulanan RM2,024 (NTD 15,000) dan pelajar pascasiswazah adalah RM2,599 (NTD 20,000) sebulan.

“Selain Biasiswa Taiwan dan Biasiswa HES, permohonan bagi Biasiswa Taiwan International Cooperation And Development Fund (ICDF) bagi pelajar yang ingin mengikuti program sarjana dan doktor falsafah di Taiwan turut dibuka sehingga 16 Mac ini,” kata kenyataan itu, di sini hari ini.

Maklumat lanjut dan borang permohonan boleh diperoleh dengan melayari laman web TECO di alamat http://www.taiwanembassy.org/my_en/cat/8.html atau menghubungi Bahagian Pendidikan di talian 03-2162 3228, 03-2161 4439 sambungan 184/185 atau emel [email protected] . – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×