KL kejutkan JDT 1-0 - Utusan Malaysia

KL kejutkan JDT 1-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pendatang baharu saingan Liga Super, Kuala Lumpur  mengejutkan juara liga empat kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan kemenangan tipis 1-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, hari ini.

Skuad ‘The City Hawks’ yang memulakan kempen musim ini dengan dua kekalahan masing-masing 0-2 kepada Selangor dan Negeri Sembilan, menewaskan JDT menerusi jaringan pemain import dari Brazil, Paulo Josue pada minit ke-45, malam tadi.

Aksi yang bermula pada pukul 9 malam tadi terpaksa dihentikan  pada minit ke-56 berikutan hujan lebat mengakibatkan permukaan padang lecak dan air bertakung.

Susulan itu, Komisioner Perlawanan Zahrul Nizam Mohd. Salleh membuat keputusan baki 33 minit perlawanan disambung pukul 4 petang tadi, dengan gelanggang, pemain dan kedudukan jaringan yang sama.

Sebaik aksi bersambung daripada minit ke-56, skuad Harimau Selatan terus menguasai perlawanan dengan serangan bertali arus, namun gagal membolosi gawang pasukan tuan rumah yang dikawal ketat Kamarul Effandi. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×