Pasangan suami isteri, penganggur hadapi pertuduhan membunuh esok  - Utusan Malaysia

Pasangan suami isteri, penganggur hadapi pertuduhan membunuh esok 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Pasangan suami isteri yang disyaki mendera kanak-kanak perempuan, Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9, sehingga menyebabkan kematiannya pada 31 Januari lalu akan menghadapi pertuduhan di mahkamah esok. 

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Port Dickson oleh polis untuk dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

“Betul mereka akan dituduh di mahkamah pagi esok,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. 

Sementara itu, Zainudin berkata, suspek utama kes samun dan bunuh seorang juruteknologi pergigian di sini pada 22 Januari lalu akan turut dituduh di Mahkamah Port Dickson pagi esok. 

Menurut beliau, suspek lelaki berusia 28 tahun tersebut juga akan dituduh dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

Kosmo! sebelum ini melaporkan polis menahan bapa kandung dan ibu tiri Nur Aina Nabihah selepas kanak-kanak malang itu disahkan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di  di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban. 

Mangsa dipercayai didera selepas bedah siasat mendapati dia mengalami kecederaan parah pada organ dalaman seperti buah pinggang putus, hati koyak, lebam dalaman pada usus serta tulang rusuk kiri dan kanan patah. 

Seorang penganggur lelaki berusia 19 tahun pula ditahan di Johor pada 30 Januari lalu kerana disyaki terlibat dalam ke pembunuhan juruteknologi pergigian di Klinik Kesihatan Port Dickson, Mahusin Abd. Rahim. 

Mayat, Mahusin, 28, ditemui di kediamannya di tingkat empat Kuarters Kakitangan Klinik Kesihatan Lukut pada 22 Januari 2018 dan bedah siasat mengesahkan mangsa mati akibat hentakan benda keras pada kepala. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×