Geng 360 tumpas, dalang diberkas - Utusan Malaysia

Geng 360 tumpas, dalang diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Polis Johor menum­paskan kegiatan rangkaian kumpulan jenayah terancang kongsi gelap Geng 360 apabila berjaya memberkas seramai 35 individu dipercayai ahlinya dalam operasi khas yang dijalankan di seluruh negara sejak 4 Januari lalu.

Turut dirampas adalah sebanyak tujuh buah kenderaan mewah, aset hartanah (4), jam tangan berjenama (6) serta 73 akaun bank pelbagai institusi kewangan dengan jumlah keseluruhan sitaan bernilai lebih RM6.5 juta.

Tangkapan itu dibuat susulan kes pembunuhan kejam seorang lelaki dipercayai ketua kongsi gelap, Tan Aik Chai, 44, yang diserang sekumpulan lelaki menaiki sebuah kereta mewah BMW 520i ketika mangsa dan iste­rinya berhenti di stesen minyak di Taman Pelangi, di sini pada 17 Disember tahun lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, susulan kejadian Taman Pelangi itu, pihak­nya telah menubuhkan satu pasukan khas bagi memburu suspek yang mempunyai kaitan dengan kongsi gelap.

Katanya, hasil risikan dan siasatan, terdapat lebih 90 individu terlibat dalam kegiatan Geng 360 di Johor dan setakat ini, seramai 35 lelaki tempatan berusia 20 hingga 69 tahun berjaya dicekup.

“Kita turut berjaya menahan seorang dalang geng tersebut namun kami tidak boleh mendedahkan maklumat lanjut me­ngenainya kerana masih dalam siasatan.

“Apa yang pasti, kita masih memburu lebih 40 saki-baki ahli kumpulan geng tersebut yang dipercayai masih bersembunyi,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×