Singapura turunkan kadar tol Linkedua - Utusan Malaysia

Singapura turunkan kadar tol Linkedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA – Berkuatkuasa pada 1 April depan, bayaran tol untuk semua kenderaan (kecuali motosikal) bagi kedua-dua laluan keluar dan masuk Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Tuas akan dikurangkan lebih daripada 85 peratus.

Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) berkata, bagaimanapun diskaun itu tertakluk di luar waktu puncak dari 10 pagi hingga 3 petang dan 11 malam hingga 5 pagi setiap hari.

Bagi kereta yang menggunakan laluan keluar dan ma­suk Singapura melalui pusat pemeriksaan itu hanya perlu membayar kadar tol S$1.30 semasa waktu puncak manakala kenderaan perdagangan ringan (S$1.50), kenderaan berat (S$2), teksi (S$1) dan bas (S$1.50). S$1 bersamaan RM2.96.

Bagaimanapun, kadar bayaran tol di Pusat Pemeriksaan Woodlands tidak berubah.

Pada waktu puncak dari 5 pagi hingga 10 pagi dan 3 petang hingga 11 malam, kadar tol bagi kereta (S$2.50), kenderaan perdagangan ringan (S$5.60), kenderaan berat (S$11.30), teksi (S$1.90) dan bas (S$3.00).

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×