NUTP gesa ketua jabatan patuhi arahan cuti Tahun Baru Cina - Utusan Malaysia

NUTP gesa ketua jabatan patuhi arahan cuti Tahun Baru Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengesa supaya semua ketua jabatan di semua institusi pendidikan perlu mematuhi arahan cuti Tahun Baru Cina 2018 yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan.

Setiausaha Agungnya Harry Tan Huat Hock berkata, ini berikutan pihaknya menerima aduan dari beberapa guru dan pensyarah bahawa ketua jabatan mereka telah mengeluarkan arahan bertentangan dengan surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 10 Tahun 2017, iaitu Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2018 yang dikeluarkan kementerian, yang memperuntukkan 15 dan 19 Februari (Khamis dan Isnin) sebagai cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Katanya, perkara tersebut telah dibincangkan dan  dipersetujui pada mesyuarat Penyediaan Takwim Persekolahan kementerian.

“Setiap pengarah atau wakil negeri perlu mematuhi dan akur dengan keputusan yang diputuskan dengan mengikut surat siaran yang dikeluarkan tersebut,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Katanya NUTP memohon Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid supaya campur tangan dalam perkara tersebut dan seterusnya dapat menyelaraskan cuti perayaan Tahun Baharu Cina di semua institusi pendidikan agar tidak wujud salah faham di kalangan guru atau pensyarah dengan ketua jabatan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×