KUALA LUMPUR 10 Feb. – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamed dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk mendapat rawatan malam tadi.
![]() |
|
Kenyataan akhbar IJN
|
Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, IJN memaklumkan bekas Perdana Menteri itu dimasukan ke dalam wad bagi mendapat rawatan kerana jangkitan paru-paru berikutan batuk.
Dr. Mahathir akan berada di dalam wad selama beberapa hari untuk tujuan rawatan dan pemerhatian. Hanya keluarga terdekat dibenarkan melawat.- UTUSAN ONLINE










