Peluru tembus badan peniaga - Utusan Malaysia

Peluru tembus badan peniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Hajat seorang peniaga rempah ratus untuk menghantar bekalan kepada peniaga di sekitar da­erah ini terbantut apabila dia cedera ditembak dalam satu kejadian cubaan samun di Jalan Sri Cemerlang di sini semalam.

Kejadian pada pukul 1.40 petang itu berlaku apabila mangsa berusia 45 tahun dari Ipoh, Perak itu didatangi dua penjenayah dengan menaiki sebuah motosikal selepas keluar dari ken­deraan jenis Toyota Hilux untuk pergi makan tengah hari di satu kedai di situ.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Din Ahmad berkata, suspek kemudian telah mengarahkan mangsa menyerahkan kunci kereta namun lelaki itu enggan berbuat demikian.

“Salah seorang suspek kemudian mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan. Peluru itu telah menembusi belakang badan mengakibatkan serpihannya terkena pada lengan kirinya.

“Suspek kemudian mela­rikan diri dengan menaiki motosikal. Dalam menahan sakit, mangsa telah pergi ke kedai makan berkenaan untuk meminta bantuan sebelum dia dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab di sini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×