Skuad lelaki negara ke suku akhir bertemu Hong Kong - Utusan Malaysia

Skuad lelaki negara ke suku akhir bertemu Hong Kong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Skuad badminton lelaki negara bakal menentang Hong Kong esok di peringkat  suku akhir kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2018 selepas menewaskan Taiwan 5-0 dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan C di Stadium Sultan Abdul Hamid, Alor Setar malam ini.

Pada saingan tersebut, barisan kejurulatihan yang diketuai oleh Datuk Misbun Sidek kembali membariskan skuad terkuat negara dengan meletakkan kembali Datuk Lee Chong Wei serta pasangan beregu utama, Goh V Shem-Tan Wee Keong.

Kedua-dua pemain tersebut berdepan detik cemas apabila terpaksa beraksi dalam saingan rubber set yang menyaksikan Chong Wei menewaskan Wang Tzu Wei 17-21, 21-13, 21-15 manakala V Shem-Wee Keong menundukkan Lee Jhe Huei-Lee Yang dengan keputusan 21-14, 19-21, 21-16.

Rentak cemerlang negara diteruskan menerusi Lee Zii Jia selepas pemain remaja itu tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Hsu Jen Hou dengan straight set 21-16, 21-13.

Beregu kedua negara yang diwakili oleh Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut cemerlang dengan menewaskan Lu Ching Yao-Yang Po Han dengan keputusan 21-14, 20-22, 21-14 dalam pertarungan yang memakan masa selama 70 minit.

Perseorangan ketiga negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin pula berada dalam kelas tersendiri untuk menewaskan Lin Yu Hsien 21-19, 21-15. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×