Selesai segera susun atur pesawat A350 - Utusan Malaysia

Selesai segera susun atur pesawat A350

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 8 Feb. – Kementerian Pengangkutan mengarahkan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Berhad (MAB) menyelesaikan segera isu ke­ti­dakpuasan hati penumpang ter­hadap susun atur dalam pesawat baharunya, Airbus A350-900 XWB.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, antara perkara yang menjadi perhatian ialah susun atur duduk penumpang dan kekurangan tandas untuk penumpang kelas perniagaan.

“Kita mendapat aduan daripada penumpang mengenai tem­pat duduk yang tidak selesa dan tandas tidak mencukupi terutama melibatkan kelas perniagaan.

“Saya sudah mengarahkan kepada MAB untuk melihat semula perkara ini dan menyediakan perkhidmatan yang bersesuaian dengan kelas perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan fasa kedua pusat beli-belah Mitsui Outlet Park (Mitsui) di sini hari ini. Hadir sama, Pe­ngarah Urusan Mitsui Fudosan Asia, Takehito Fukui.

Tiong Lai mengulas isu tersebut yang turut mendapat perhatian dan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Tahun lalu, MAB menerima dua pesawat A350-900 yang merupakan jenis pesawat ba­dan besar dengan menawarkan empat tempat duduk kelas pertama, 35 tempat duduk kelas perniagaan serta 247 tempat duduk kelas ekonomi yang memiliki ruang lebih selesa.

Pesawat menggunakan enjin Rolls-Royce Trent XWB itu memberi penjimatan kos operasi bahan bakar sehingga 25 pera­tus selain dilengkapi dengan pelbagai ciri baharu termasuk ruang siling lebih tinggi, tingkap lebih besar, pencahayaan dalaman diod pemancar cahaya (LED) serta kemudahan internet secara Wi-Fi.

Pesawat model A350 XWB itu adalah enam pesawat yang akan diterima MAB secara berperingkat-peringkat sehingga Mac ini menerusi pajakan daripada Air Lease Corporation.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×