Negara gembleng tenaga tingkatkan taraf kesihatan rakyat - Utusan Malaysia

Negara gembleng tenaga tingkatkan taraf kesihatan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 8 Feb. – Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik dengan penglibatan dan sumbangan anggota masyarakat menjadi faktor penting dalam menentukan kejayaan usaha murni meningkatkan taraf kesihatan rakyat.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, penglibatan rakyat dalm penjagaan kesihatan, sama ada secara individu atau kolektif adalah antara strategi utama sebagai satu pendekatan untuk menangani masalah kesihatan secara holistik.

“Kita telah mewujudkan badan perhubungan yang dianggotai oleh wakil-wakil masyarakat bagi membantu menggerakkan sumber yang terdapat dalam masyarakat.

“Ia seterusnya telah berkembang sebagaimana yang kita lihat pada hari ini, dengan penubuhan Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sukan dan Antidadah negeri, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim serta Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ghazali Othman. – UTUSAN ONLINE

Harith Nizar

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×