Ferhad kembali dengan Definasi Cinta - Utusan Malaysia

Ferhad kembali dengan Definasi Cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 8 Feb. – Tidak pernah hilang dari radar dunia hiburan, penyanyi Ferhad kini muncul dengan sebuah lagu baharu berjudul Definasi Cinta.

FERHAD harap single baharunya diterima peminat.

Kali terakhir penyanyi ini menghasilkan single adalah pada 2014.

Justeru, katanya, penampilan kali ini ada kelainan yang dibawa untuk lagu yang dicipta oleh rakannya yang dikenali sebagai Dr. Irma.

“Selalu saya mencipta lagu sendiri tetapi kali ini saya mencuba lagu ciptaan Dr. Irma.

“Mengenalinya sebagai seorang rakan juga tidak membuatkan saya mengambil masa yang lama untuk bersetuju menyanyikan lagu ini.

“Memang saya harap lagu ini mendapat tempat di hati peminat muzik,” kata Ferhad.

Kurang menyerlah beberapa tahun kebelakangan ini, kata Ferhad, sebagai suami dan ayah dia sebenarnya tidak pernah melupakan dunia nyanyian yang masih menjadi punca rezeki buat keluarganya.

“Saya masih menyanyi seperti biasa malah banyak menerima tawaran menyanyi di majlis-majlis korporat.

“Apabila tiada single baharu jadi tiada yang mahu dikongsi membuatkan saya tidak muncul untuk sebarang publisiti di media massa.

“Namun kali ini saya ada buah tangan baharu dan kembali menyemarakkan seni suara dengan (lagu) Definasi Cinta,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×