ISKANDAR PUTERI 8 Feb. – UEM Sunrise Bhd. (UEM Sunrise) memperkenalkan projek pembangunan hartanah baharu di Iskandar Malaysia dikenali sebagai Serimbun.
Ketua Pegawai Operasi Pembangunan UEM Sunrise, Datuk Roslan Ibrahim berkata, Serimbun yang dibangunkan di atas tanah seluas 10 hektar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM139.3 juta dijangka siap pada tahun 2020.
“Serimbun ditawarkan dengan dua jenis reka bentuk.
“Kedudukan Serimbun di lokasi strategik kerana dibangunkan di kawasan yang sudah matang berdekatan dengan pelbagai kawasan perumahan dan kemudahan, antaranya pusat beli-belah dan tempat bersiar-siar serta taman tema untuk keluarga,” katanya pada majlis memperkenalkan Serimbun kepada pihak media di pusat pameran hartanah UEM Sunrise, di sini sebentar tadi.
Beliau berkata, hingga kini telah menerima sebanyak 1,500 pendaftaran untuk memiliki Serimbun. – UTUSAN ONLINE.










