Hanya satu calon pembangkang dalam PRK DUN Sungai Kandis - Utusan Malaysia

Hanya satu calon pembangkang dalam PRK DUN Sungai Kandis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK 12 Julai – Barisan Nasional (BN) akan berbincang dengan Pas bagi memilih hanya seorang calon bertanding pada Pililihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Selangor.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hanya calon yang berpotensi untuk menang akan diletakkan sebagai calon mewakili pembangkang dalam PRK itu nanti.

Menurutnya, ia merupakan strategi bagi membolehkan hanya pertandingan satu lawan satu pada PRK tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“UMNO dan BN belum memuktamadkan calon yang akan bertanding di Sungai Kandis, namun kita telah memutuskan bahawa kita akan meletak calon dalam PRK itu.

“Kita akan mengadakan perbincangan dengan parti pembangkang lain iaitu Pas untuk menentukan hanya seorang calon sahaja dipilih nanti, perbincangan itu akan kita lakukan dalam masa terdekat,”katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Kesyukuran Meraikan 93 Bakal Jemaah Haji di Kawasan Parlimen Bagan Datuk, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk, Datuk Khairudin Tarmizi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×