31 pelajar MRSM Taiping keracunan makanan  - Utusan Malaysia

31 pelajar MRSM Taiping keracunan makanan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING 12 Julai – Sebanyak 31 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping mengalami keracunan makanan sejak semalam setelah dipercayai memakan hidangan yang disediakan di dewan makan asrama sekolah berkenaan.

Pelajar-pelajar yang berusia antara 16 hingga 17 tahun itu mendapatkan rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Taiping dan Hospital Taiping setelah mengalami gejala seperti muntah, sakit perut dan cirit birit.

Namun begitu, hanya seorang daripada mereka dimasukkan ke dalam wad, tetapi dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Perak (Kesihatan Awam), Dr. Venugopalan K. Balan berkata, ekoran kejadian itu, dewan makan sekolah berkenaan telah diarahkan untuk ditutup bagi siasatan lanjut.

“Tindakan penyiasatan dan kawalan masih diteruskan. Hanya dewan makan ditutup dan bukannya sekolah.Penutupan dewan makan ini biasanya akan mengambil masa antara satu hingga ke dua hari.

“Bagaimanapun, terlalu awal untuk mengenal pasti punca kejadian disebabkan penyiasatan masih belum tamat,” katanya, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×