Harjinder dilantik ketuai JSJK Selangor baharu - Utusan Malaysia

Harjinder dilantik ketuai JSJK Selangor baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 12 Julai – Polis Selangor mengumumkan pelantikan Asisten Komisioner Harjinder Kaur Gurdial Singh sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) negeri yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Pelantikan Harjinder, 59, yang merupakan bekas Penolong Pengarah Siasatan Pasukan Siasatan Jenayah Penggubahan Wang Haram (AMLA), Urusetia Pejabat Ketua Polis Negara Bukit Aman itu menggantikan Asisten Komisioner Nor Azman Muhammad Yusuf yang memulakan tugasnya sebagai Penolong Pengarah Risikan JSJK Bukit Aman. 

Penyerahan tugas itu dilakukan Nor Azman kepada Harjinder dan disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Mazlan ketika berucap dalam majlis serah tugas berkenaan mengalu-alukan perubahan dalam struktur kepimpinan polis di negeri ini selain mengingatkan seluruh warganya supaya mengambil serius terhadap aduan serta pandangan daripada masyarakat dalam kes-kes tertentu. 

“Aduan serta pandangan rakyat yang dibuat sama ada secara rasmi atau melalui media sosial sedikit sebanyak boleh memberi implikasi negatif terhadap imej PDRM. 

“JSJK sebagai contoh merupakan salah satu jabatan yang amat penting yang mengendalikan siasatan melibatkan jenayah komersial. Ada kalanya masyarakat mempersoalkan tahap tindakan dan siasatan kita sehingga ianya menimbulkan tohmahan yang mana keadaan ini harus kita elak serta tangani sebaik mungkin,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×