Bantu selamatkan Pusat Pendidikan Al-Barakah - Utusan Malaysia

Bantu selamatkan Pusat Pendidikan Al-Barakah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, TIDAK dapat dibayangkan kesedihan Datuk Mohd. Kazim Elias yang terpaksa menjual Unit Tahfiz Darul Barakah di Pusat Pendidikan Al-Barakah miliknya di Manjoi, Perak kerana tidak mampu menampung kos pentadbiran pusat berkenaan.

Kos pentadbiran pusat tahfiz yang menempatkan kira-kira 100 orang pelajar itu dikatakan kini mencecah RM150,000 sebulan sedangkan Mohd. Kazim menjadi antara ‘mangsa’ perubahan rejim pemerintah.

Beliau bukan sahaja tidak lagi dipanggil untuk kuliah dan ceramah malah ada pihak tertentu menyekat ceramah agama Mohd. Kazim yang selama ini dijadikan sumber menampung kos operasi pusat tahfiz tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bolehlah Tan Sri Zainuddin Maidin yang mahu hapuskan semua pusat tahfiz meraikan kemenangan kecil dengan penutupan Unit Tahfiz Darul Barakah ini.

Saya berharap kiranya ada hartawan dan jutawan Islam yang dapat menderma atau membeli unit tersebut dan mewakafkannya kembali kepada Mohd. Kazim dengan kadar segera.

Daripada menaja perkara merepek, wakaf atau sedekah untuk pusat tahfiz jauh lebih bermakna sekali pun akan dilihat sebagai ‘pembaziran’ oleh golongan seperti Zainuddin.

Semoga Allah SWT melindungi umat Islam di negara ini daripada digadaikan demi kuasa dan kekayaan golongan tertentu. Semoga orang Melayu tidak pupus di bumi sendiri.

DOKTOR HUFFAZ

Hospital Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×