Lampu trafik terbiar rosak - Utusan Malaysia

Lampu trafik terbiar rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, SAYA perasan lampu trafik di simpang Jalan Lima, Off Jalan Chan Sow Lin Kuala Lumpur sudah rosak sejak hampir tiga minggu lalu tetapi masih tidak dibaiki pihak berwajib.

Mahu tolong adukan, tiada pula maklumat atau nombor telefon dipasang pada salah satu daripada empat tiang lampu trafik di situ. Ini antara masalah utama kerana pengguna tidak tahu siapa boleh dihubungi jika lampu trafik rosak.

Saya juga berasa pelik negara bakal memasuki tahun 2020 kira-kira 17 bulan sahaja lagi tetapi kerosakan lampu trafik pun masih mengharapkan aduan daripada pengguna seperti mana kenaikan harga barang.

Tiadakah teknologi yang boleh memaklumkan satu lokasi berpusat mengenai sebarang kerosakan pada lampu trafik? Jika di Kuala Lumpur yang ‘serba canggih’ pun hanya ‘duduk dan tunggu aduan’, apatah lagi bagi kawasan luar bandar.

Saya harap makluman ini sampai kepada pihak berwajib sama ada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Kerja Raya mahupun kontraktor swasta.

RIDER KENTAL

Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×