Perbaiki tapak sampah terbakar - Utusan Malaysia

Perbaiki tapak sampah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, PIHAK Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menyediakan sebuah tempat pembuangan sampah bagi para peniaga dan juga penduduk di kawasan Jalan Kristal AR7/AR, Seksyen 7, Shah Alam.

Bagaimanapun, tempat pembuangan sampah ini telah terbakar lebih setahun yang lalu. Melihat dari keadaan di situ, tiada apa-apa inisiatif dari pihak berkuasa tempat an untuk membaikinya.

Penduduk telah memberi maklum balas tentang suasana ini melalui twitter MBSA (@sacitycouncil) pada 18 Februari 2018 dan 19 Mac 2018. Tweet ketiga berkenaan subjek yang sama dikongsikan juga pada 2 Julai 2018, dan di e-mel kepada Datuk Bandar Shah Alam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, sehingga hari ini tiada apa-apa tindakan diambil oleh MBSA. Ini terbukti daripada dua keping gambar yang dirakamkan pada pagi 10 Julai lalu.

Penduduk mengharapkan agar MBSA bertindak segera memperbaiki keadaan.

KAMARUDDIN HASSAN

Seksyen 8, Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×