Kempen galak remaja jaga kebersihan diri dilancar - Utusan Malaysia

Kempen galak remaja jaga kebersihan diri dilancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kempen Penjagaan Diri Terbaek Nivea dilancarkan bagi melengkapkan pengetahuan remaja tentang penjagaan diri supaya mereka dapat mengatasi masalah peluh dan bau badan dengan betul.

Pengurus Besar Beiersdorf Malaysia dan Singapura, Ng Hock Guan berkata, kempen ini diharap dapat menjadi sumber rujukan terbaik untuk pelajar remaja mempelajari lebih lanjut tentang kebersihan diri dan penjagaan bahagian bawah le­ngan.

“Kami juga berharap mereka dapat berkongsi ilmu yang dipelajari dengan pelajar lain agar tabiat penjagaan diri yang baik ini dapat diteruskan sehingga mereka dewasa,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran kempen itu oleh Ketua Penolong Pengarah (Polisi), Bahagian Pengurusan Sekolah, Kementerian Pendidikan, Faridah Yang Razali di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (Perempuan) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengetua SMK (P) Sri Aman, Misliah Kulop dan penyanyi lagu tema kempen itu, Langkah Berkeyakinan iaitu Khai Bahar dan Nabila Razali.

Sempena kempen ini, diadakan pertandingan muzik video menerusi media sosial dengan #myNIVEA dan #LangkahBerkeyakinan.

Pelajar yang berminat menyertainya boleh memuat naik video lagu tema kempen mengikut kreativiti masing-masing ke media sosial atau menggunakan aplikasi kongsian muzik popular seperti Musical.ly, Tik Tok dan Smule.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Facebook/mynivea atau www.facebook.com/myniveamen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×