KUALA KRAI – Seorang buruh kilang kayu sanggup mengelar leher, pergelangan tangan kiri dan perutnya sendiri menggunakan pisau disyaki akibat tertekan menjaga adik lelakinya yang mempunyai masalah mental di sebuah rumah di Batu Jong di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang, lelaki yang berumur 44 tahun itu ditemui terbaring berlumuran darah di atas tilam dengan sebilah pisau yang berada di hujung kakinya oleh adik perempuannya yang datang ke rumah tersebut.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, lelaki itu memberitahu adiknya bahawa dia cuba membunuh diri sejak pukul 1.30 petang namun tidak menceritakan punca dia berbuat demikian sebelum dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut.
Memuatkan artikel berkaitan…











