Pos Malaysia keluarkan setem khas ulang tahun Mahathir - Utusan Malaysia

Pos Malaysia keluarkan setem khas ulang tahun Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia akan mengeluarkan setem khas edisi terhad sempena ulang tahun ke-93 Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Selasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Al-Ishsal Ishak berkata, setiap lembaran ‘Setem Ku’ menampilkan reka bentuk berbeza dan dijual dengan harga 60 sen setiap satu.

Setiap folder mengandungi tiga lembaran Setem Ku, yang menampilkan saat-saat mesra antara Dr. Mahathir dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, serta hari bersejarah apabila Dr. Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh Malaysia, katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat Pos Malaysia di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Al-Ishsal berkata, Pos Malaysia memberi penghormatan kepada ikon prolifik Malaysia itu dengan menghasilkan set folder khas.

“Tun Dr. Mahathir telah dedikasikan seluruh hidupnya demi kebaikan negara dan inilah cara kami untuk mengucapkan terima kasih atas segala usaha dan sumbangannya kepada Malaysia,” katanya. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN