KUALA LUMPUR 6 Julai – Seramai 268 individu telah ditahan kerana terlibat dalam kegiatan judi dalam talian menerusi Op Dadu yang dijalankan sejak Awal tahun ini hingga bulan lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 25 orang disyaki menjadi penganjur dalam kegiatan itu ditahan dalam tempoh yang sama.
“Menerusi 71 serbuan yang kita lakukan dalam tempoh sama, kita merampas barangan elektronik melibatkan 342 tablet, 70 unit komputer, 60 komputer riba, 69 telefon, 38 WiFi bersama modem selain 24 router.
“Rampasan wang tunai adalah sebanyak RM36,599. Manakala jumlah keseluruhan kesemua rampasan sebanyak RM611,356,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











