Kementerian Pendidikan nafi arah sekolah beri sumbangan Tabung Harapan - Utusan Malaysia

Kementerian Pendidikan nafi arah sekolah beri sumbangan Tabung Harapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan hari ini menafikan menterinya, Maszlee Malik mengeluarkan arahan bertulis atau lisan kepada sekolah-sekolah di Kelantan memberi sumbangan kepada Tabung Harapan.

“Hasil siasatan mendapati, kutipan itu hasil inisiatif Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan yang melaksanakan kempen kutipan derma berkenaan di seluruh sekolah di jajahan negeri itu,” jelas kenyataan Kementerian Pendidikan hari ini.

Bagaimanapun tambah kenyataan itu, pelancaran kutipan tabung harapan tersebut telah dibatalkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujar kenyataan itu, pihaknya menafikan menterinya mengeluarkan sebarang arahan kepada sekolah-sekolah khususnya di Kelantan bagi memberi sumbangan kepada Tabung Harapan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN