Undang-undang perlu laksana tanggungjawabnya – PM - Utusan Malaysia

Undang-undang perlu laksana tanggungjawabnya – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Julai – Undang-undang perlu melaksanakan tanggungjawabnya dalam kes pendakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, namun jika Peguam Negara menemui bahan bukti mencukupi mengenai perbuatan jenayah berhubung kes tersebut beliau perlu mengambil tindakan.

“Satu daripada janji (pilihan raya) kami adalah menghormati pemisahan kuasa antara perundangan, eksekutif dan kehakiman.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi saya tidak boleh campur tangan berhubung apa tindakan yang mahu dilakukan oleh Peguam Negara,” katanya dalam temubual eksklusif bersama Al Jazeera, semalam.

Kelmarin, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah berkaitan kes SRC International Sdn. Bhd. dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu yang membabitkan RM42 juta.

Bekas Presiden UMNO itu dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta berserta dua penjamin dan pasport biasa serta pasport diplomatik beliau diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan.

Perbicaraan terhadap Najib atas pertuduhan-pertuduhan tersebut dijadualkan dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini selama 19 hari mulai 18 Februari tahun depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN