KUCHING 6 Julai – Bekas Pegawai Pemerintah Kapal Maritim (KM) Pekan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Kepten Maritim Robert Teh Geok Chuan dilantik sebagai Pengarah baharu di Wilayah Sarawak berkuatkuasa hari ini.
Beliau dilantik bagi menggantikan Laksamana Muda Maritim, Datuk Ismaili Bujang Pit yang bersara wajib esok.
Majlis serah terima tugas tadi disaksikan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar.
Memuatkan artikel berkaitan…
Sementara itu, Robert berkata, beliau akan memberi tumpuan kepada pencerobohan bot-bot asing yang kerap berlaku di perairan negeri ini.
“Saya mahu memastikan penceroboh-penceroboh asing ini dapat dilenyapkan kerana ia merugikan negara,” tegasnya. – UTUSAN ONLINE











