Latihan komuniti geng Spartan - Utusan Malaysia

Latihan komuniti geng Spartan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JIKA anda merancang menyertai perlumbaan Spartan, apa kata sertai sesi latihan komuniti yang diadakan secara percuma anjuran pusat kecergasan Warrior Fitness & Adventure di Pulau Pinang. Ia terbuka kepada mereka yang berusia 15 tahun ke atas.

Spartan merupakan acara lasak rentas halangan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat sukan ekstrem di Malaysia dengan beberapa edisi perlumbaan lazimnya akan dianjurkan setiap tahun mengikut kategori tertentu.

Tempat terhad dan peserta diminta berpakaian sukan, membawa air minuman yang mencukupi, tuala serta pakaian gantian selain mempunyai semangat dan sikap yakin boleh dalam menamatkan rutin latihan yang diatur.

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN