KUALA LUMPUR 5 Julai – Pihak polis hari ini datang semula ke kediaman pengasuh Allahyarham Adam Rayqal Mohd. Sufi Naief di Kampung Nakhoda Kiri, Batu Caves dekat sini.
Anak kepada pemilik rumah sewa suspek yang enggan dikenali itu berkata, pihak polis hadir di rumah terbabit kira-kira pukul 12 tengah hari namun enggan memberitahu sebab kehadiran pihak berkuasa itu.
“Polis ada datang tadi, tetapi tanyalah polis sebab mereka hadir ke sini. Saya tidak akan beri apa-apa komen.
“Saya juga minta pihak media beri ruang kepada kami sekeluarga,” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kehadiran polis itu namun enggan mengulas lanjut. – UTUSAN ONLINE











