Riza Aziz dijangka ke SPRM lagi esok - Utusan Malaysia

Riza Aziz dijangka ke SPRM lagi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 5 Julai – Riza Aziz iaitu anak tiri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka dipanggil semula memberikan keterangan buat kali keempat esok bagi membantu siasatan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut sumber, Riza, 48, yang dipanggil untuk kali ketiga hari ini dijangka selesai memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 9 malam ini.

Terdahulu, Riza yang tiba di ibu pejabat SPRM dengan menaiki kereta Audi berwarna hitam pada pukul 11.10 pagi bersama peguamnya, Datuk M. Kumaraendran.

Memuatkan artikel berkaitan…

SPRM sebelum ini telah merekodkan keterangan lelaki itu sebanyak dua kali pada kelmarin dan semalam dengan masing-masing mengambil masa sembilan dan enam jam.

Pengasas bersama syarikat pembikinan filem, Red Granite Pictures itu pernah dikaitkan kes 1MDB kerana didakwa menggunakan wang milik syarikat berkenaan untuk menerbitkan sebuah filem. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN