Polis minta saksi kejadian langgar lari tampil - Utusan Malaysia

Polis minta saksi kejadian langgar lari tampil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT – Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan saksi kemalangan langgar lari di Kilometer 26.5 Jalan Klang-Banting-Port Dickson berhadapan pusat perkhidmatan Nissan pada 28 Jun lalu. 

Dalam kejadian pukul 8.25 pagi itu, mangsa, Cheong Thin Siong, 42, meninggal dunia akibat parah di kepala dan badan. 

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, mangsa yang merupakan orang kurang siuman yang telah lari dari Hospital Klang semasa ahli keluarga membawanya untuk menerima rawatan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelasnya, mangsa dikatakan telah berjalan kaki dari Klang menuju ke Morib sebelum terlibat kemalangan. 

“Hasil siasatan di lokasi kejadian dipercayai mangsa dilanggar lari oleh sebuah kenderaan kerana terdapat serpihan komponen kenderaan terlibat. 

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 0125432994 bagi membantu siasatan. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN