Sidang DUN Sabah: Potensi ekonomi daerah dikenalpasti - Utusan Malaysia

Sidang DUN Sabah: Potensi ekonomi daerah dikenalpasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 5 Julai – Kementerian Perdagangan dan Perindustrian negeri komited dalam menyediakan profil kemudahan dan aktiviti pembangunan ekonomi yang mempunyai potensi untuk dibangunkan di setiap daerah di negeri ini.

WILFRED Madius Tangau
WILFRED Madius Tangau

Menterinya, Datuk Wilfred Madius Tangau berkata, profil tersebut yang dibuat menerusi Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan antara lain turut mengandungi maklumat berkaitan kemudahan prasarana termasuk infrastruktur, utiliti dan aktiviti utama ekonomi penduduk serta potensi pembangunan sumber yang ada di daerah berkenaan.

Menurutnya, langkah itu disediakan sebagai rujukan kepada pelabur khususnya pelabur luar untuk menilai sekali gus membuat kajian viabiliti terhadap cadangan dan kesesuian projek yang boleh dilaksanakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Misalhnya melalui kajian ringkas profil dan pembangunan ekonomi ke atas daerah Papar, Beaufort dan Kuala Penyu, beberapa sumber telah dikenalpasti mempunyai potensi yang boleh dibangunkan terutamanya berkaitan industri pelancongan seperti kraftangan, pemproesan buah-buahan tempatan, kilang perabot dan produk berasaskan petroleum.

“Maklumat ini sudah tentu dapat membantu pelabur dalam membuat kajian terperinci untuk melihat projek yang berpotensi boleh dimajukan di daerah berkenaan,” katanya ketika menjawab soalan lisan Datuk Limus Jury (UPKO-Kuala Penyu) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Terdahulu Limus bertanya mengenai apakah usaha yang dilaksanakan untuk membawa lebih banyak pelabur atau industri beralih operasi ke daerah lain di kawasan pantai barat Sabah selain menjadi tumpuan di kawasan seperti Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN