Riza Aziz sekali lagi disiasat enam jam - Utusan Malaysia

Riza Aziz sekali lagi disiasat enam jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 4 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil masa enam jam untuk merekodkan keterangan Riza Aziz, anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipanggil sekali lagi membantu siasatan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Terdahulu, Riza, 48, yang memakai sut gelap tiba di ibu pejabat SPRM pada pukul 3.05 petang dan dilhat keluar pukul 9 malam.

Beliau tiba di ibu pejabat SPRM dengan ditemani peguamnya, Datuk M. Kumaraendran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, beliau memberikan keterangan selama sembilan jam kepada SPRM untuk membantu siasatan skandal syarikat 1MDB.

Pengasas bersama syarikat pembikinan filem, Red Granite Pictures pernah dikaitkan kes 1MDB kerana didakwa menggunakan wang milik syarikat itu untuk menerbitkan sebuah filem.

SPRM sejak Mei lalu mula memanggil beberapa individu bagi melengkapkan siasatan berkaitan syarikat pelaburan strategik kerajaan itu termasuk bekas Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib dipanggil memberi keterangan pada 22 dan 24 Mei lalu hadir di ibu pejabat SPRM untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan manakala Rosmah pula pada 5 Julai.

Namun Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah berkaitan kes SRC International Sdn. Bhd. dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu membabitkan RM42 juta.

Sebelum ini, Pasukan Petugas Khas 1MDB membekukan lebih 900 akaun termasuk akaun UMNO negeri dan pusat bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan berhubung dakwaan bahawa akaun-akaun berkenaan menerima dana daripada 1MDB. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN