KUALA LUMPUR – Mamee-Double Decker (M) Sdn. Bhd. melancarkan Shinsegae Mamee Daebak yang kini dijual dalam bentuk paket dan cawan dengan dua perisa ditawarkan iaitu Kimchi Pedas (Mi Sup) serta Ayam Goreng Pedas (Mi Goreng) bagi pasaran tempatan.
Menurut kenyataan syarikat tersebut, produk itu merupakan hasil usaha sama dengan syarikat penyedia makanan terkemuka di Korea Selatan, Shinsegae Food berikutan syarikat berkenaan mempunyai kepakaran dalam pembuatan bahan perasa.
“Mamee Daebak Ayam Goreng Pedas (Mi Goreng) disertakan dengan kepingan ayam goreng pedas yang rangup membuatkan anda pasti jatuh cinta. Tak kurang juga dengan perisa Kimchi Pedas (Mi Sup) dengan kepingan Kimchi yang asli menjadikan Mamee Daebak istimewa dan enak.
“Produk yang mempunyai sijil Halal yang disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ini memberikan lebih kepercayaan kepada para pengguna kerana tidak perlu lagi was-was untuk menikmati Mamee Daebak. Rasai keenakan Mamee Daebak sekarang dan anda Pasti Jatuh Cinta!,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE











