Ilmu pengetahuan dan integriti penting - Utusan Malaysia

Ilmu pengetahuan dan integriti penting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 4 Julai – Ilmu pengetahuan dan integriti sangat penting dalam memastikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kedua nilai tersebut perlu ada dalam diri masing-masing agar dapat melaksanakan tugas diberikan dengan amanah.

“Integriti ini datang daripada lubuk hati dengan nilai diri tinggi menyebabkan kita tidak melakukan kesalahan kerana percaya Allah melihat setiap perbuatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau ada pendekatan sebegini akan timbul rasa tanggungjawab  dalam diri seterusnya segala perbuatan akan bersandarkan peraturan seperti menepati masa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Minggu Integriti dan Inovasi Peringkat Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli di Dewan Undangan Negeri, sebentar tadi.

Yang turut hadir, Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman), Datuk Talib Zulpilip dan Setiausaha Kerajaan Negeri,  Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.  

Mengulas lanjut, katanya, bagi umat Islam pula percaya mereka akan disoal semuanya nanti apabila sudah meninggal dunia.

Sementara itu, ketika diminta mengulas kenyataan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) kelmarin, beliau memberitahu, tiada sebarang masalah kenyataan berkenaan.

Katanya, akan ada perbincangan yang diatur.

Petronas memberitahu akan terus memantau rapat situasi termasuk mendapatkan pandangan dan bimbingan daripada Kerajaan Persekutuan sebagai pemegang saham tunggal Petronas dalam melaksanakan tugas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN