PDRM ke Indonesia bawa pulang Jamal - Utusan Malaysia

PDRM ke Indonesia bawa pulang Jamal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Julai – Beberapa pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Selangor akan ke Indonesia petang ini bagi urusan membawa pulang Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya telah berhubung dengan pihak berkuasa negara itu dan mereka akan memberi kerjasama sepenuhnya.

“Saya berharap dapat membawa beliau pulang secepat mungkin. Segala urusan dengan pihak berkuasa telah diuruskan dan dapat dibawa pulang dalam masa satu dua hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seramai dua hingga tiga opegawai CID Selangor akan pergi ke Indonesia petang ini, “ katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Rumah Terbuka Polis Kuala Lumpur di Ibu pejabat Polis Daerah Cheras di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN