Bot karam:4 lagi mayat ditemukan - Utusan Malaysia

Bot karam:4 lagi mayat ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENGERANG 4 Julai – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bot pancung dinaiki pendatang asing tanpa izin (PATI) yang karam Isnin lalu menemukan lima mayat terbaharu, empat lelaki dan satu wanita.

Timbalan Pengarah ( Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor Kapten Maritim Sanifah Yusof berkata, kesemua mayat yang ditemuikan akan dibawa ke Jeti Marina, Pengerang.

“Misi SAR yang diteruskan hari ini menemui lima mayat dipercayai mangsa bot pancung yang karam di perairan Tanjung Punggai, di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penemuan lima mangsa itu menjadikan keseluruhan mayat ditemui seramai tujuh orang setakat ini dengan misi SAR diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Isnin lalu, bot pancung dinaiki 44 PATI dari Batam, Indonesia dipercayai karam selepas dipukul ombak selain muatan yang penuh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN