KUALA LUMPUR 4 Julai – Dua suspek kes bunuh bayi berusia lima bulan di Kampung Nakhoda, Batu Caves dekat sini malam tadi direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
![]() |
|
Asisten Komisioner Ali Ahmad
|
Ketua Polis Daeah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, permohonan reman dibuat terhadap tertuduh di Mahkamah Selayang, dekat sini pagi tadi.
“Motif pembunuhan belum lagi dikenal pasti dan kami juga sedang menunggu laporan bedah siasat.
“Setakat ini, belum ada sebarang senjata ditemukan di lokasi kejadian sehingga kini,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Semalam, polis menemukan mayat bayi lelaki, Adam Rayqal Mohd. Sufi Naeif yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas didakwa diambil seorang lelaki di rumah pengasuhnya malam tadi.
Mayat Adam Rayqal yang berusia lima bulan itu ditemukan dalam keadaan lengkap berpakaian dan berbalut kain lampin serta dimasukkan ke dalam beg berwarna hijau di bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di rumah berkenaan.
Susulan itu, polis menahan pengasuh berusia 33 tahun dan rakan serumahnya yang berusia 36 tahun di rumah sewa mereka semalam. – UTUSAN ONLINE












