Ahli politik hadir beri sokongan kepada Najib - Utusan Malaysia

Ahli politik hadir beri sokongan kepada Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Beberapa ahli politik dilihat hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur bagi memberi sokongan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika prosiding pendakwaan dijalankan.

Antaranya ialah Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang hadir bagi memberi sokongan selain memastikan pemimpin berkenaan tidak keseorangan selain membuktikan keadilan dapat dibuktikan.

Katanya, masyarakat tidak seharusnya menghukum seseorang individu itu melainkan dia didapati bersalah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Biar apa yang berlaku, kita tidak boleh nafikan jasa beliau terhadap negara ini dan biarlah mahkamah menentukan.

“Selama ini, beliau diadili di mahkamah media bukannya di mahkamah yang sebenar sebab itu kita sebagai rakyat perlu kembali kepada prinsip undang-undang,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Turut kelihatan, Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar; Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr. Noraini Ahmad.

Ahli Parlimen Pekan itu dijangka menghadapi lebih 10 pertuduhan melakukan pecah amanah berkaitan kes SRC International Sdn. Bhd. pagi ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN