Merkuri tumpah di makmal sekolah - Utusan Malaysia

Merkuri tumpah di makmal sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 4 Julai – Dua unit termometer di dalam makmal Sekolah Menengah Rantau Panjang di sini tumpah sewaktu pelajar sedang menjalankan kajian semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 petang itu, termometer tersebut dipercayai terjatuh di atas lantai sebelum pecah dan berkecai.

Penolong Penguasa Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang (BBP), Mohd Adni Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.35 petang dan bergegas ke tempat kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seramai dua penyelia dan 11 pegawai bomba serta jentera Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dari BBP Kota Bharu terlibat dalam operasi menyelamat itu.

“Pihak bomba segera menggunakan sulfur bagi menyekat aliran serta menyekat raksa itu. Pita pelekat dan lampu suluh juga digunakan bagi memastikan tiada sisa yang tertinggal.

“Operasi berakhir pada pukul 3.40 petang, kira-kira dua jam selepas kejadian dan tiada mangsa tercedera,” katanya di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN