Washington larang China Mobile masuk pasaran AS - Utusan Malaysia

Washington larang China Mobile masuk pasaran AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menolak permohonan tujuh tahun daripada pembekal perkhidmatan te­lekomunikasi China, China Mobile untuk memasuki pasaran AS.

Perkembangan itu berlaku ketika ke­tegangan perdagangan antara dua kuasa ekonomi dunia itu makin meruncing.

Timbalan Setiausaha Jabatan Perdagangan AS, David Redl (gambar) berkata, pihaknya gagal menyelesaikan ‘isu keselamatan negara’ selepas mengadakan rundingan dengan gergasi telekomunikasi China itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pentadbiran Telekomunikasi dan Maklumat Nasional yang merupakan unit di bawah Jabatan Perdagangan turut mencadangkan supaya permohonan China Mobile untuk menawarkan perkhidmatan suara antara AS dan negara lain ditolak.

Langkah itu dibuat beberapa hari sebelum White House dijadualkan me­laksanakan tarif tinggi bernilai berbilion-bilion dolar ke atas import China, langkah yang bakal mengundang tindakan balas Beijing.

Ditanya mengenai langkah Washington itu pada taklimat media berkala, Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang berkata, AS tidak sepatutnya menekan perniagaan China dengan cara tersebut.

“Kami menggesa pihak berkenaan di AS supaya mengubah corak pemikiran era Perang Dingin,” katanya sambil memberi amaran, Beijing bersedia sepenuhnya jika AS mengotakan ancaman tarifnya.

Pentadbiran Presiden Donald Trump turut bertindak menghukum syarikat telekomunikasi China, ZTE dengan melarang firma-firma AS menjual komponen perisian dan perkakasan kepada ZTE selama tujuh tahun.

Larangan itu susulan kenyataan palsu ZTE berhubung jualan haram bara­ngannya ke Iran dan Korea Utara.

ZTE mengaku bersalah berhubung dakwaan tersebut pada Mei 2017 dan dikenakan denda sebanyak AS$1.2 bilion (RM4.8 bilion). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN