Cukai pelancongan akan dikaji semula - Utusan Malaysia

Cukai pelancongan akan dikaji semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengkaji semula keperluan pelaksanaan Cukai Pelancongan dalam memastikan ia tidak menjejaskan kedatangan pelancong ke negara ini, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi (gambar kecil). 

Katanya, cukai yang dikenakan pada kadar RM10 bagi setiap bilik untuk satu malam itu perlu dikaji untuk mengetahui pendapat dan pandangan semua pihak terlibat terutamanya pelancong sama ada kadar itu terlalu tinggi atau munasabah. 

“Ya (akan kaji semula) kerana kita nak tarik pelancong, kita perlu cari satu kaedah buat pelancong supaya mereka boleh terima dan memudahkan untuk mereka ke Malaysia. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau kita letak cukai terlalu tinggi orang tidak akan mahu masuk ke negara, tetapi sekiranya kita mengenakan cukai sederhana atau berpatutan, lebih ramai pelancong akan datang,” katanya dalam sidang media pertamanya sebagai menteri di sini, hari ini. 

Cukai Pelancongan yang berkuat kuasa pada 1 September 2017 itu mengenakan kadar rata RM10 untuk satu malam ke atas pelancong asing yang tinggal di hotel atau tempat penginapan yang berdaftar. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN