Ku Li diminta kemukakan bukti - Utusan Malaysia

Ku Li diminta kemukakan bukti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyarankan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (gambar kecil) mengemukakan bukti jika benar wujudnya amalan politik wang pada pemilihan UMNO baru-baru ini seperti yang beliau dakwa.

TENGKU RAZALEIGH
TENGKU RAZALEIGH

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, bukti ber­kenaan penting bagi memboleh­kan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang dikenal pasti melakukan perbuatan tidak bermoral tersebut.

“Itu saya tidak tahu (wujudnya politik wang). Kalau beliau (Tengku Razaleigh) ada bukti, saya sarankan kemukakan buktinya agar tindakan dapat diambil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tidak usahlah cakap sahaja, jika benar ada bukti, buat laporan dan kita pastikan tindakan mesti diambil sebab kita tidak mahu anasir tidak sihat seperti ini te­rus berleluasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Persidangan Khas Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×