Forum Kebangsaan Petani Muda diwujud - Salahuddin - Utusan Malaysia

Forum Kebangsaan Petani Muda diwujud – Salahuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bakal mewujudkan Forum Kebangsaan Petani Muda sebagai saluran pemudah cara antara kumpulan petani muda dengan pihak kementerian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menterinya, Salahuddin Ayub berkata, kewujudan forum ini bertujuan untuk membincangkan agenda-agenda besar dalam bidang pertanian setelah melihat pelbagai isu dan idea telah dikupas dan dibincangkan dalam perjumpaan beliau bersama belia peladang hari ini.

“Melalui forum ini, isu-isu dapat dicerakin dan dimudahcarakan kerana banyak isu yang kita dengar tadi antaranya isu koperasi, pemasaran, produk, import dan eksport yang semuanya melibatkan pemain-pemain dalam sektor ini.

“Saya yakin dan percaya atas minat yang ditunjukkan oleh petani-petani muda ini yang kebanyakan antara mereka boleh saya katakan adalah ‘wira yang tak didendang’,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Khas Menteri Pertanian bersama Belia Peladang di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) hari ini. 

Beliau berkata, dialog seperti itu akan memperluaskan lagi cara pendekatan kementerian dan beliau sendiri bersama Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan akan turut mengadakan dialog di setiap sektor dan industri yang terlibat dengan kementerian itu. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN