Kenaikan tarif elektrik dirasai - Utusan Malaysia

Kenaikan tarif elektrik dirasai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kenaikan tarif elektrik pengguna komersial ekoran keputusan Suruhanjaya Tenaga mengenakan surcaj tambahan sebanyak 1.35 sen bagi setiap kilowatt-jam (kWj) bermula semalam dibimbangi bakal membebankan rakyat Malaysia dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perkara itu dijangka berlaku apabila pengusaha perniagaan seperti pemilik restoran, pusat beli-belah, hotel dan kilang terpaksa menanggung kos operasi harian yang semakin meningkat.

Tinjauan Kosmo! di beberapa premis komersial di ibu negara mendapati pengusaha perniagaan perlu menyediakan peruntukan lebih besar untuk membayar bil elektrik yang dijangka mengalami kenaikan sehingga lima peratus daripada kadar sebelum ini.

Menurut sumber daripada Hotel Seri Pacific yang bertaraf lima bintang, pihaknya mungkin membayar bil elektrik antara RM210,000 hingga RM315,000 sebulan dalam tempoh enam bulan akan datang berbanding RM200,000 hingga RM300,000 sebelum ini.

“Oleh itu, kami berharap kerajaan dapat mengkaji semula kenaikan tarif ini kerana ia akan memberi impak kepada mutu dan kualiti perkhidmatan hotel,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN