Iskandar perlu nilai kelemahan, disiplin kunci kejayaan - Utusan Malaysia

Iskandar perlu nilai kelemahan, disiplin kunci kejayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENGAJARAN berguna buat pemain perseora­ngan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin selepas dia digugurkan daripada skuad Sukan Asia selepas didapati merokok.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menasihatkan Iskandar supaya menilai semula dirinya selain menegaskan, disiplin merupakan kunci utama untuk menjadi pemain berjaya.

Pemenang tiga kali pi­ngat perak Sukan Olimpik itu berkata, Iskandar sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada pemain-pemain lain memandangkan dia me­rupakan antara pemain se­nior dalam skuad negara.

“Bagi saya, disiplin adalah kunci kejayaan dan pa­ling penting dalam sukan. Perkara inilah yang diajar oleh Datuk Misbun (Sidek) kepada saya sejak berada dalam skuad kebangsaan.

“Seperti yang kita semua tahu, merokok dan sukan tidak boleh digabungkan bersama kerana ia memberi kesan terhadap kecergasan pemain. Saya juga mengakui keputusan BAM (Persatuan Badminton Malaysia) adalah tepat,” katanya selepas merangkul gelaran Terbuka Malaysia di Arena Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

Dalam pada itu, Chong Wei menegaskan, Iskandar perlu sedar bahawa dia ­bukanlah pemain ju­nior yang ber­usia 16 atau 17 tahun ya­ng perlu dima­­­rah serta di­bim­bing­ setiap hari kerana sudah mampu membuat keputusan sendiri.

Pada masa sama, Misbun yang juga ketua jurulatih perseorangan lelaki negara menegaskan, pengguguran Iskandar daripada skuad Sukan Asia adalah disebabkan masalah disiplin dan bukannya pilih kasih.

“Dia (Iskandar) masih boleh menjadi pemain yang bagus tetapi untuk berada setaraf dengan Chong Wei mungkin sudah terlambat. Bagaimanapun, masih ada ruang untuk menjadi lebih baik berbanding sekarang,” ujarnya.

Kelmarin, BAM memutuskan untuk menjalankan ujian saringan nikotin terhadap semua pemain kebangsaan bagi memastikan mereka bebas daripada rokok selepas Iskandar ‘kantoi’ merokok ketika beraksi pada Piala Tho­mas, Bangkok, Mei lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN