TPM panggil semua agensi bincang perkahwinan kanak-kanak - Utusan Malaysia

TPM panggil semua agensi bincang perkahwinan kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU 1 Julai – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memanggil semua agensi terlibat untuk bermesyuarat di bangunan Parlimen esok bagi membincangkan isu perkahwinan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang berkahwin dengan lelaki berumur 41 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah segera perlu diambil bagi memastikan nasib kanak-kanak berkenaan sentiasa terbela.

“Esok saya akan memanggil semua agensi yang terlibat tentang isu kanak-kanak 11 tahun itu.

“Perkara itu penting kerana kita mahukan yang terbaik untuk kanak-kanak tersebut dan pertimbangan sewajarnya untuk menjaga hak anak-anak,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Isu perkahwinan kanak-kanak itu yang tinggal di Kelantan tular di media sosial baru-baru ini dan telah mengundang pelbagai reaksi pelbagai pihak yang simpati terhadap nasib kanak-kanak terbabit.

Lelaki tersebut dipercayai telah mempunyai dua orang isteri sebelum ini dan enam anak hasil perkahwinannya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN