Sabah perlu membangun bersama Semenanjung Malaysia - TPM - Utusan Malaysia

Sabah perlu membangun bersama Semenanjung Malaysia – TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU – Sabah perlu membangun bersama negeri lain di Semenanjung Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Memuatkan artikel berkaitan…

Presiden PKR itu berkata, Pakatan Harapan (PH) dinaungi PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak pernah mengabaikan Sabah sebaliknya turut menegur mengenai pembangunan di negeri berkenaan.

“Sejak  dahulu lagi (kami) sudah tegur, Lebuh Raya Pan Borneo bila nak siap?,” katanya ketika berucap pada Majlis Himpunan Merdeka Rakyat dan Rumah Terbuka Aidilfitri di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew dan Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Sarifuddin Hata yang mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, selain menteri Kabinet negeri dan wakil rakyat.

Dalam pada itu, bersempena lawatan rasmi pertama beliau ke Sabah sejak dilantik Timbalan Perdana Menteri, Dr. Wan Azizah berkata dengan kemenangan PH di peringkat Pusat  bersama parti kerjasama Parti Warisan Sabah (Warisan) di negeri ini kini tiba masanya dan peluang untuk menunaikan perkara yang dijanjikan kepada rakyat. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN