Khaled Nordin sah Naib Presiden UMNO ketiga - Tengku Adnan - Utusan Malaysia

Khaled Nordin sah Naib Presiden UMNO ketiga – Tengku Adnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini disahkan sebagai Naib Presiden UMNO yang ketiga dalam pemilihan parti bagi sesi 2018-2021.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, namun beliau tidak mendedahkan jumlah undi yang diperoleh Khaled.

Carian di laman web UMNO tidak menemui jumlah undi diterima Khaled dan akaun Twitter Pemilihan UMNO 2018 pula menyebut beliau menerima 91 undi sehingga 3.30 petang ini. 

Semalam, dua daripada jawatan itu diisi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid, yang masing-masing mendapat 146 dan 99 undi.

Satu lagi kekosongan jawatan itu tidak dapat diumumkan kerana ada bahagian yang belum selesai mengira jumlah pengundian. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN